SELASA : 27 OKTOBER 2009
Tuesday, October 27, 2009
Posted in Wedding by Hanis Razak | 1 comments
MY SWIMMING LESSON
Thursday, October 22, 2009
Pada bulan Ogos yang lalu, saya bersama rakan-rakan telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelas berenang..memandangkan antara kami, tidak seorang pun yang reti berenang, maka bertepatan sekali keputusan kami ini..class was organized by PP*TD yang telah engaged Powerswim untuk jadi instructor..
.
Kelas berenang diadakan 2 kali seminggu..hari Selasa and Khamis..pukul 8.30-9.30..sejam je..tempoh belajar adalah sebulan..makanya, bersiap sedialah kami dengan swimming suit nya..aku warna coklat, Su warna biru tua, Norlin warna hijau, Kak Wan warna biru purple dan Zura warna biru tua..
.
Pool tempat kitorang belajar tu sangat cantik..dekat-dekat dengan Pullman Putrajaya..tapi air plak sejuk..tapi takpe lah..anyway, selama sebulan belajar, ponteng satu kelas (atok En Zool kembali ke rahmatullah), aku telah mempelajari:
1. Freestyle
.
Ok, gaya ini mengambil masa 4 kelas untuk master..aku tak reti part yang kene sengetkan kepala untuk amik nafas..macam nak marah instructor tu pun ade..nama dia Ben..aku panggil dia Ben10..hehehe..agak fed-up belajar benda yang sama..dia nak kitorang perfect macam dia..dia tu bekas swimmer negara..kitorang ni baru belajar 4 jam kut..agak-agak la kan..so, kalau aku berenang ni, takde maknanye aku nak teleng-teleng kepala..sekali nafas je..hahaha..wrong technique, I know..tapi kalau nak selamatkan diri sendiri, Insya Allah..selamatkan orang lain, itu sorry..
.
2. Breast stroke
.
.
Setelah penat belajar freestyle, akhirnya belajar jugak berenang katak ni..mula-mula tak bergerak hokey aku berenang..beria-ia kuak tapi masih di tempat yang sama..macam bangang je rasa..tapi setelah mempelajari teknik yang betul, maka, bergerak la aku dengan jayanya..siap ajar kawan-kawan lagi..hahaha...
.
3. Backstroke
.
Ini yang last aku dapat belajar..2 kelas je kut..awal-awal, memang kembung perut aku sebab air masuk banyak gile..waktu baring tu aku kocak air kuat sangat, maka air pun berebut-rebut nak masuk dalam hidung..rupenye takdelah susah sangat nak berenang gaya ni..ape-ape pun teknik kene betul..then barulah kite glide dalam air..
.
Selalu lepas balik kelas tu, memang sangat kepenatan..mengantuk lagi..nasib baik drive balik rumah ditemani oleh Norlin..dia tumpang sampai Kelana Jaya..memang seronok belajar swimming ni..at least lepas ni, kalau kat DPA, instructor tanye sape boleh berenang, boleh la kitorang angkat tangan..hehehehe..
.
Satu benda yang kelakar lepas swimming class habis adalah warna swimming suit kitorang..aku dari coklat jadi oren muda, Su dari biru tua sampai biru muda sampai beli baju baru, Norlin dari hijau jadi kuning, Kak Wan tak berapa berbeza tapi yang paling best adalah Zura..dari biru pekat jadi warna nude..hahaha..dah macam kain buruk lap kaki..siap dia sendiri rasa geli nak pakai..memang kelakar..ini sume sebab teknologi air kolam tu..salt water system..macam-macam..teknologi sangat pun susah..tak berteknologi lagi susah..
.
Posted in Event by Hanis Razak | 1 comments
Entry tidak bermakna

- seekor binatang seperti musang (Civet) akan makan buah kopi yang sudah masak..
- selepas kita makan, kita buat ape kawan-kawan? Kita buang..samelah ngan Cik Civet ni..lepas makan buah kopi tu, dia membuang..dia punya bahan buangan tu dibasuh untuk mengasingkan biji kopi dengan bendasing lain..
.
- tadaaa....kopi itulah yang menjadi biji kopi yang termahal di dunia..sedap tak??menyelerakan bukan?? hahahaha..

- sejenis cendawan yang tertanam di dalam tanah
- hanya menggunakan specially trained pigs atau anjing untuk mencarinya
- digunakan dalam masakan yang exclusive (from main course to desserts)

- telur ikan yang telah diproses dan dimasinkan (ikan kembung ke tembakul tak boleh)
- makan mentah-mentah ngan roti ke biskut ke
- pun sangat mahal..

Posted in Makanan by Hanis Razak | 1 comments
My Last Dating
Monday, October 12, 2009
Posted in Wedding by Hanis Razak | 1 comments
Kesibukan Melanda
Saturday, October 10, 2009
- Rumah - sudah siap dibersihkan (En Zool sangat rajin, aku cume lap tingkap sahaja..tu pun tak habis..hihihi). Bilik air je tak basuh lagi sebab hari tu ntah kenapa air takde..
- Perabot - petang ini pukul 5, perabot akan masuk..seronoknye..70% done..yang lain tu minggu depan pulak..buat keje secara stagger adalah my style..sikit-sikit lame-lama penuhlah..
- Bekas telur - dah siap ambik last Saturday..lepas gi openhouse Nalin, terus ke Nilai 3..tetibe rasa macam tempat tu sangat best..nanti aku nak pegi lagi..nak carik karpet..(aku tak habis-habis dengan karpet kan??)..nak cari karpet..nak cari karpet..
- Kad - sudah diedarkan..sila tunggu kepada yang belum dapat..kalau dah dapat nanti atau pun kepada sesiapa yang dah dapat, silalah reply RSVP card tu ye..i need it untuk buat calculation..sesiapa yang rasarasa macam tak dapat, maaf dipinta awal-awal..jemputan adalah terhad..$$..hehehe...
- Bilik pengantin a.k.a bilik aku - sudah membeli 'sesuatu' yang dijangka memberi impak besar kepada keseluruhan imej bilik tersebut. Semua bahan-bahan sudah ada, tinggal nak menjadikan je belum lagi..bilik aku amatlah bersepah kala ini dengan barang-barang hantaran En Zool, barang-barang hiasan bilik ni, cadar pengantin, langsir dan lain-lain lagi..pening aku melihatnya..haih..esok kene kemas jgak..mane barang yang perlu pindah ke rumah baru, kene siap-siap pack..
- Caterer - Isnin lepas, habis je kursus, terus ke Dewan..caterer dan beberapa orang lagi..tukang buat pelamin tak dapat datang, ade shoot, maka thru phone saja..overall, beres...habis tengok dewan and such, terus kembali ke opis menghabiskan kerja yang terbengkalai kerana seharian berkursus..
Ok lah, aku nak berehat-rehat di hari Sabtu yang indah ini..petang sikit nak pegi wedding best friend iaitu Zalikha yang sudah selamat menjadi isteri orang semalam..tahniah..selepas itu, terus menuju ke rumah di Putrajaya untuk menunggu perabot dan sambung mencuci rumah..esok nak pegi amik baju sanding kat Shah Alam pulak..huwaaa..banyaknye nak buat!!!
Posted in Wedding by Hanis Razak | 1 comments



