how time flies

Daisypath

Kesibukan Melanda

Saturday, October 10, 2009

.
Since ditukarkan ke Seksyen baru ni, aku macam dah tak cukup tangan..kalau kaki boleh digunakan untuk mengangkat telefon dan menaip, lame dah aku gunakan..sepanjang minggu lepas, aku tak sempat pun nak fikir pasal wedding aku yang makin menjelang tiba..hahaha..memang serious tak sempat berfikir..macam nak upah orang suruh fikirkan on behalf..makin nak kahwin, makin banyak pulak keje aku..tak taulah macam mane nak mengharungi lagi 2 minggu lebih kerja sebelum apply cuti..
.
Lagi best, Borang Kebenaran Ke Luar Negara pun aku tak sempat nak isi..kalau kita kerja Gov, kene isi untuk minta kebenaran nak keluar..proses mengambil masa 2 minggu..aku tak isi-isi lagi..memang takde masa langsung..takpe, Isnin ni kene jugak buat..kalau tak, honeymoon dalam bilik je la..hahaha...
.
Sepanjang aku tak update ni, banyak lah yang dah terjadi sebenarnye..seperti:
  • Rumah - sudah siap dibersihkan (En Zool sangat rajin, aku cume lap tingkap sahaja..tu pun tak habis..hihihi). Bilik air je tak basuh lagi sebab hari tu ntah kenapa air takde..
  • Perabot - petang ini pukul 5, perabot akan masuk..seronoknye..70% done..yang lain tu minggu depan pulak..buat keje secara stagger adalah my style..sikit-sikit lame-lama penuhlah..
  • Bekas telur - dah siap ambik last Saturday..lepas gi openhouse Nalin, terus ke Nilai 3..tetibe rasa macam tempat tu sangat best..nanti aku nak pegi lagi..nak carik karpet..(aku tak habis-habis dengan karpet kan??)..nak cari karpet..nak cari karpet..
  • Kad - sudah diedarkan..sila tunggu kepada yang belum dapat..kalau dah dapat nanti atau pun kepada sesiapa yang dah dapat, silalah reply RSVP card tu ye..i need it untuk buat calculation..sesiapa yang rasarasa macam tak dapat, maaf dipinta awal-awal..jemputan adalah terhad..$$..hehehe...
  • Bilik pengantin a.k.a bilik aku - sudah membeli 'sesuatu' yang dijangka memberi impak besar kepada keseluruhan imej bilik tersebut. Semua bahan-bahan sudah ada, tinggal nak menjadikan je belum lagi..bilik aku amatlah bersepah kala ini dengan barang-barang hantaran En Zool, barang-barang hiasan bilik ni, cadar pengantin, langsir dan lain-lain lagi..pening aku melihatnya..haih..esok kene kemas jgak..mane barang yang perlu pindah ke rumah baru, kene siap-siap pack..
  • Caterer - Isnin lepas, habis je kursus, terus ke Dewan..caterer dan beberapa orang lagi..tukang buat pelamin tak dapat datang, ade shoot, maka thru phone saja..overall, beres...habis tengok dewan and such, terus kembali ke opis menghabiskan kerja yang terbengkalai kerana seharian berkursus..

Ok lah, aku nak berehat-rehat di hari Sabtu yang indah ini..petang sikit nak pegi wedding best friend iaitu Zalikha yang sudah selamat menjadi isteri orang semalam..tahniah..selepas itu, terus menuju ke rumah di Putrajaya untuk menunggu perabot dan sambung mencuci rumah..esok nak pegi amik baju sanding kat Shah Alam pulak..huwaaa..banyaknye nak buat!!!

AddThis Social Bookmark Button


1 comments: to “ Kesibukan Melanda

Blog Widget by LinkWithin
 

Design by Amanda @ Blogger Buster