how time flies

Daisypath

Fitting & Iftar

Sunday, September 6, 2009

.
Punyelah ramai manusia tadi kat Shah Alam..susah nak jalan..pegi sana sebab mahu fitting baju bersanding and untuk majlis bertandang..aku buat kat butik biasa je kat Kompleks PKNS..name butik tu Hanieym Boutique..kat tingkat atas kedainya..pagi tadi call, kakak tu cakap sudah siap..dengan beria-ia nye aku mencuba baju-baju tersebut..En Zool juga mencuba bajunya..wah, anda nampak segak..hihihi..baju bersanding aku agak longgar (eh, sudah kurus sedikitkah)..lalu memerlukan alteration dan lepas raya pergi fitting lagi..lepas tu sudah boleh amik..sangat suke dengan hasil baju tersebut..just like what I've imagined..yang paling best adalah aku telah mengambil bahagian kain En Zool yang sepatutnya jadi baju dia untuk dijadikan train baju aku...hehehe..dan hasilnya menakjubkan..baju aku ade train panjang..sukeeee!!!!
.
Selepas itu, kami pergi mencari handycam yang aku telah eyeing sejak hari Jumaat..ade iklan dalam newspaper..harga boleh tahan..murah dari yang biasa..ada 3 warna..hitam, merah dengan biru..mestilah aku amik merah..handycam ni basic je..tapi aku pun nak gune yang senang handle..tak mau yang beria-ia..lambat nak paham...
.
Kitorang dah sepakat membawa berkat..nak bagi personal hadiah..maksudnya hadiah ini bukan hantaran..hadiah pertama as husband and wife la konon..memandangkan dia punya aku sudah belikan..kali ni turn aku pulak..En Zool belikan handycam tu untuk aku..tapi bajet untuk aku masih berbaki..aku nak cari Wii..tapi kene tambah sebab lebih bajet sikit..ke u nak belanja i jugak sayang??? Hehehehe..
.
Aku tak pernah ade digital camera..teruk kan..macam outdated sangat aku ni..kamera pun takde..so tadi di kedai yang sama..aku telah membeli sebijik kamera Lumix untuk keseronokan diri sendiri..aku cari yang murah-murah je..takde duit nak beli yang mahal..asal nampak batang hidung orang sudah..tetiba rasa sangat moden selepas mempunyai digital camera..hahahaha!!!!
.
We both love Middle Eastern cuisine..entah kenapa..aku rasa sangat sedap..ade 2 tempat aku recommend bagi sesiapa yang nak try..satu dekat Food Court (atas) The Gardens..Iranian foods..sebelah Korean foods..aku cakap betul..memang sedap betullah..lagi kalau amik lamb..sangat lembut..sup dia sangat sedap..and very original..layanan pun sangat mesra..
.
Satu lagi kat Restoran Laziz, Solaris Mont Kiara..memang sangat berbaloi harga yang kita bayar..ambience pun cantik..very peaceful..tak suke makan tempat bising-bising..susah nak bercakap..kat sini la kitorang berbuka puasa..sampai sekarang masih kenyang..makanan simple tapi fulfilling..and lagi satu, tempat ni sangatlah senang nak cari parking..murah pun murah parking dia..
.

Mari cuba ambil gambar guna kamera baru

.
.
Ade jugak tempat lain yang kitorang pernah try..macam kat Al-Marjan KLCC..bagi aku tak berapa sedap..tak tau which part of Middle East punya makanan..very dry..yoghurt pun takde..mase makan tu, rase macam nak tercekik sebab kering sangat..and overpriced..we paid for the ambience je..memang la macam syok je makan kat situ..macam cool je..tapi tak berbaloi bagi aku..
.
Makanan Middle Eastern ni bagus..sebab semuanya grilled..takde yang minyak-minyak..sesuai untuk yang berdiet..aku tak termasuk la golongan ni..aku memang suka makanan dia je..
.
Tetibe rase best jadi orang Arab..boleh makan kebab tiap-tiap hari..kebab yang jual pasar malam aku tak suke...bukan jaga class tapi selalunya daging dia tak cukup masak..susah plak tu nak makan..mesti nak senget-senget kepala..;P
.

AddThis Social Bookmark Button


5 comments: to “ Fitting & Iftar

Blog Widget by LinkWithin
 

Design by Amanda @ Blogger Buster