how time flies

Daisypath

New Environment

Tuesday, August 18, 2009

.
Penatnye hari ni..pagi tadi ade meeting dengan Seksyen baru aku..memberi briefing tentang keje-keje di seksyen lame..so far so good..the senior officers seems nice..but maybe it's too soon to tell..tapi dengar-dengarnya diorang memang sumenye ok..
.
After habis meeting tu, kene naik Seksyen lame balik untuk berkemas-kemas..hai, banyak pulak barang-barang aku yang dikumpul selama setahun setengah ni..dah la kene pindah dengan fail-fail..aku bawak sekali portfolio seksyen lame ke seksyen baru..seksyen baru ni, aku dapat duduk dalam bilik..walaupun berkongsi tapi tetap bersyukur..kalau sebelum ni, dok luar je..ramai sangat pegawai kat sini..so, yang junior haruslah duduk di luar sahaja..
.
Sedih jugak meninggalkan rakan-rakan di seksyen lame..walaupun cume berbeza 2 floors, tapi bukan bley jumpe selalu..waktu salam-salam tadi, dah bergenang air mata aku..tapi takmo nangis..bukannya nak pegi perang pun..tapi still sedih sebab lepas ni sume orang akan buat hal masing-masing..takpelah, keje ni bukannya kite stay satu tempat sampai pencen..mane-mane kite ditempatkan pun, keje je la..aku jugak yang beria-ia nak keje ni dulu..:P
.
Lepas perjumpaan ngan Pengarah baru tadi..tibe-tibe aku berazam la plak kan..nak keje dengan lebih rajin..and sangat looking forward because now, i'll have a clear direction and focus on my work..sebelum ni aku berkongsi bos dan buat keje portfolio orang lain..macam takde fokus sangat..tapi bagus sebenarnye..banyak yang aku tau..tapi kesian kat KayPiPi aku tu, terpaksa jaga sampai 3 portfolio..sekarang kurang sikit bebanan dia..so sekarang, aku ade direct KayPiPi untuk aku report..nak rujuk dia ke ape ke senang sikit..sebab aku tak kacau kerja PiPi lain..
.
Azam untuk Seksyen baru :
  • Mahu meningkatkan produktiviti walaupun 5% daripada sebelum ni
  • Personal filing system yang lebih mantoppp..sebelum ni agak berterabur
  • Simpan dan sentiasa update senarai projek-projek kementerian di bawah seliaan Seksyen baru
  • KPI untuk diri sendiri
.
Wah, aku tetibe bersemangat mahu pergi keje esok!!!
.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ New Environment

Blog Widget by LinkWithin
 

Design by Amanda @ Blogger Buster