Ingat tak?
Wednesday, February 4, 2009
.
Pada suatu hari, ade sorang lelaki, A (kompem bukan nama sebenar) dan seorang perempuan, B (juga bukan nama sebenar) telah bersetuju untuk keluar dating buat kali pertama*..tempatnya di KLCC..mungkin sewaktu itu, mereka berdua masih muda (read: tidak berharta), maka mod pengangkutan cumalah bas Intrakota yang diyakini akan menuju ke Pasar Seni kemudian mereka akan menaiki Putra-LRT untuk ke KLCC..masa dijanji adalah pada pukul 8.30 pagi..
.
A tidak mengambil B di rumah dan mereka hanya akan berjumpa di hadapan bus stop SMAKL..dari kejauhan, B menaiki bukit ke arah bus stop itu sambil berjalan dengan laju kerana terdapat seekor anjing yang sangat suke duduk di bawah kereta dan B seorang yang sangat takutkan anjing..B boleh berlari dan masuk rumah orang dengan bersahaja kerana sangat takut..itu di zaman mudanya..ketika umur masih 14 tahun..atau 15..B tidak ingat..tak kesahlah, tapi B sangat kepanasan kerana tidak suka akan matahari yang terik..oh, penat dan panasnya..
.
Sebelum sampai di bus stop, B ternampak A sedang asyik menghisap rokok..apakah??..B seorang yang tidak sukakan lelaki yang merokok..tapi mungkin tika itu, mereka baru sahaja ber'couple'..maka direlakan saja..A perasan B memerhatikan, lantas terus membuang rokok tersebut seolah-olah tidak berlaku apa-apa..ape ini?? Apakah yang cube dibuktikan..
.
Masing-masing tak tahu nak cakap ape..B paling ketara pendiamnya kerana B adalah seorang yang talkative..mungkin malu..tak ape..masih boleh dimaafkan..duduk pun jauh-jauh..kemudian mereka cube juga untuk berborak macam dalam telefon..B pun semakin gembira kerana dapat bercakap..dia telah meng'control' dirinya tetapi hanya 10 minit sahaja..
.
Sewaktu itu, A dan B masih kurus..tidak seperti sekarang, B seolah-olah tidak dapat mengawal berat badannya tetapi akan berazam untuk kurus sedikit demi untuk nampak cantik di hari perkahwinannya.adakah berjaya..kite wait n see..
.
Berbalik kepada cerita asal, A dan B berborak agak lama tapi bas yang ditunggu tak kunjung tiba..wah, lambatnya bas ni..mereka menunggu ssehingga 1 jam, tapi tiada apa yang berubah..standard mungkin, pengangkutan awam di Malaysia..tetapi..kemudian..
.
Kelihatan bas menuju ke arah mereka..membuatkan A dan B sangat gembira..sewaktu itu juga, ayah B telefon."Akak, kemas baju, jap lagi ayah balik amik akak, Amim kat sekolah pastu kite gi amik mak kat ofis..atok dah meninggal"..B speechless..patut kah B naik bas ataupun kembali ke rumah untuk kemas baju and balik je JB..oh..geramnya..lantas dia mengatakan sesuatu yang tak ckup akal kepada A.."Kau naik la bas eh, aku kene balik"..adakah cik cik semua boleh bayangkan, dengan siapa pulak A akan berdating..patut ke B suruh dia dating sorang-sorang..B mungkin agak kebengongan sikit waktu tu..
.
A pun meneman B balik ke rumahnya dan hari tersebut..A dan B tidak ditakdirkan untuk ber'FIRST DATE'..sungguh sedih..perasaan B bercampur baur..penat je aku bangun pagi-pagi..isk..isk..isk..
.
*Nota kaki :Kejadian berlaku pada 29 April 2002..
.




0 comments: to “ Ingat tak? ”
Post a Comment