how time flies

Daisypath

WEDDING DAY : PART 1

Friday, October 30, 2009

.
Today is our wedding day..Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..semalam adalah hari yang sangat busy..macam-macam buat semalam..nasib baik ade makcik ngan pakcik sedara yang menolong..gubahan hantaran oleh my dear mom..bilik pengantin adalah by my pakcik, deco by her wife..dan aku juga turut panjat memanjat sampai nenek bercakap.."Dah la kak, duduk aje"..tapi bilik tak siap lagi..macam mane..anyway, ding dong ding dong..pukul 11 selesai..lepas tu makcik and sepupu tolong mencontiang tangan dan kakiku dengan inai..tunggu kering semua, basuh kemudian baru tidur..tidur pun tidur-tidur ayam..paham-paham je la..
.
So pagi tadi dalam pukul 9.30 pagi, aku dah selamat menjadi isteri kepada En Zool Fadelly Hazally dengan selafaz akad.. seronok..perasaan aku kalau orang tanye..amat lega dan lapang rasa dada..oh, tiada adegan drama Melayu tadi di masjid..it is my happy day..and I shouldn't be crying..(^_^)v..
.
Melihat inai dan cincin di jari..I can't believe I'm MARRIED!!!!!But I am soooooo happpyyyy!!!
.
Gambar-gambar nanti dulu

AddThis Social Bookmark Button


SELASA : 27 OKTOBER 2009

Tuesday, October 27, 2009

.
Today will be my last day working as a Cik..Insya Allah, lepas ni dipanggil Puan pulak..kelakar rasanya..Puan Hanis..(^_^)..akan mula bercuti selama 8 hari yakni dari esok sampai Isnin 9hb Nov..
.
Rasa macam tak percaya..tinggal 2 hari je lagi..selepas bertahun-tahun kawan..akhirnya Tuhan temukan jodoh kami..I'm looking forward this Friday 30hb Oktober 2009..its a new beginning, a new chapter, a new life..
.

AddThis Social Bookmark Button


MY SWIMMING LESSON

Thursday, October 22, 2009

.
Pada bulan Ogos yang lalu, saya bersama rakan-rakan telah mendaftarkan diri untuk menyertai kelas berenang..memandangkan antara kami, tidak seorang pun yang reti berenang, maka bertepatan sekali keputusan kami ini..class was organized by PP*TD yang telah engaged Powerswim untuk jadi instructor..
.
Kelas berenang diadakan 2 kali seminggu..hari Selasa and Khamis..pukul 8.30-9.30..sejam je..tempoh belajar adalah sebulan..makanya, bersiap sedialah kami dengan swimming suit nya..aku warna coklat, Su warna biru tua, Norlin warna hijau, Kak Wan warna biru purple dan Zura warna biru tua..
.
Pool tempat kitorang belajar tu sangat cantik..dekat-dekat dengan Pullman Putrajaya..tapi air plak sejuk..tapi takpe lah..anyway, selama sebulan belajar, ponteng satu kelas (atok En Zool kembali ke rahmatullah), aku telah mempelajari:

1. Freestyle

.
Ok, gaya ini mengambil masa 4 kelas untuk master..aku tak reti part yang kene sengetkan kepala untuk amik nafas..macam nak marah instructor tu pun ade..nama dia Ben..aku panggil dia Ben10..hehehe..agak fed-up belajar benda yang sama..dia nak kitorang perfect macam dia..dia tu bekas swimmer negara..kitorang ni baru belajar 4 jam kut..agak-agak la kan..so, kalau aku berenang ni, takde maknanye aku nak teleng-teleng kepala..sekali nafas je..hahaha..wrong technique, I know..tapi kalau nak selamatkan diri sendiri, Insya Allah..selamatkan orang lain, itu sorry..

.
2. Breast stroke
.

.
Setelah penat belajar freestyle, akhirnya belajar jugak berenang katak ni..mula-mula tak bergerak hokey aku berenang..beria-ia kuak tapi masih di tempat yang sama..macam bangang je rasa..tapi setelah mempelajari teknik yang betul, maka, bergerak la aku dengan jayanya..siap ajar kawan-kawan lagi..hahaha...

.
3. Backstroke
.
Ini yang last aku dapat belajar..2 kelas je kut..awal-awal, memang kembung perut aku sebab air masuk banyak gile..waktu baring tu aku kocak air kuat sangat, maka air pun berebut-rebut nak masuk dalam hidung..rupenye takdelah susah sangat nak berenang gaya ni..ape-ape pun teknik kene betul..then barulah kite glide dalam air..
.
Selalu lepas balik kelas tu, memang sangat kepenatan..mengantuk lagi..nasib baik drive balik rumah ditemani oleh Norlin..dia tumpang sampai Kelana Jaya..memang seronok belajar swimming ni..at least lepas ni, kalau kat DPA, instructor tanye sape boleh berenang, boleh la kitorang angkat tangan..hehehehe..
.
Satu benda yang kelakar lepas swimming class habis adalah warna swimming suit kitorang..aku dari coklat jadi oren muda, Su dari biru tua sampai biru muda sampai beli baju baru, Norlin dari hijau jadi kuning, Kak Wan tak berapa berbeza tapi yang paling best adalah Zura..dari biru pekat jadi warna nude..hahaha..dah macam kain buruk lap kaki..siap dia sendiri rasa geli nak pakai..memang kelakar..ini sume sebab teknologi air kolam tu..salt water system..macam-macam..teknologi sangat pun susah..tak berteknologi lagi susah..

.

AddThis Social Bookmark Button


Entry tidak bermakna

.
1. KOPI LUWAK
.

  • seekor binatang seperti musang (Civet) akan makan buah kopi yang sudah masak..
  • selepas kita makan, kita buat ape kawan-kawan? Kita buang..samelah ngan Cik Civet ni..lepas makan buah kopi tu, dia membuang..dia punya bahan buangan tu dibasuh untuk mengasingkan biji kopi dengan bendasing lain..

.

  • tadaaa....kopi itulah yang menjadi biji kopi yang termahal di dunia..sedap tak??menyelerakan bukan?? hahahaha..
2. TRUFFLE:
.

  • sejenis cendawan yang tertanam di dalam tanah
  • hanya menggunakan specially trained pigs atau anjing untuk mencarinya
  • digunakan dalam masakan yang exclusive (from main course to desserts)
3. CAVIAR:
.



  • telur ikan yang telah diproses dan dimasinkan (ikan kembung ke tembakul tak boleh)
  • makan mentah-mentah ngan roti ke biskut ke
  • pun sangat mahal..

.
Kan betul, memang tak bermakna pun entry kali ni..saje je..:D
.

AddThis Social Bookmark Button


My Last Dating

Monday, October 12, 2009

.
Tajuk macam ape je..poyo je tu..dah lama sebenarnye tak keluar dating..maksudnya keluar makan-makan and berborak benda other than the wedding..tadi langsung takde cerita pasal wedding nye prep..lega sikit..kalau tak..itu lah dok rewind replay rewind replay..penat tau..
.
Walau bagaimanapun, setelah cuba mengelak cerita pasal wedding prep, akhirnya sedikit sebanyak terjebak jugak..waktu nak balik tu, saje ajak En Zool gi tengok fridge..saje nak survey harga..dulu-dulu nak tengok beria-ia sangat malu..maklumlah, rumah pun takde..tarikh kahwin pun lambat lagi..last-last, tadi kitorang beli jugak fridge ngan TV..bukan sia-sia okeh berdating ni..washing machine aku angkut mak aku punye..ade 2, satu tu tak guna, jadi aku pun ape lagi..terus la rembat..hehehe..save duit..
.
So sekarang tinggal nak beli stove je..apesal takde yang murah hah barang-barang ni???!!!
.
p/s :Ni last dating, pasni kene dok diam-diam kat umah..burung dah semakin dekat..
.
.

AddThis Social Bookmark Button


Kesibukan Melanda

Saturday, October 10, 2009

.
Since ditukarkan ke Seksyen baru ni, aku macam dah tak cukup tangan..kalau kaki boleh digunakan untuk mengangkat telefon dan menaip, lame dah aku gunakan..sepanjang minggu lepas, aku tak sempat pun nak fikir pasal wedding aku yang makin menjelang tiba..hahaha..memang serious tak sempat berfikir..macam nak upah orang suruh fikirkan on behalf..makin nak kahwin, makin banyak pulak keje aku..tak taulah macam mane nak mengharungi lagi 2 minggu lebih kerja sebelum apply cuti..
.
Lagi best, Borang Kebenaran Ke Luar Negara pun aku tak sempat nak isi..kalau kita kerja Gov, kene isi untuk minta kebenaran nak keluar..proses mengambil masa 2 minggu..aku tak isi-isi lagi..memang takde masa langsung..takpe, Isnin ni kene jugak buat..kalau tak, honeymoon dalam bilik je la..hahaha...
.
Sepanjang aku tak update ni, banyak lah yang dah terjadi sebenarnye..seperti:
  • Rumah - sudah siap dibersihkan (En Zool sangat rajin, aku cume lap tingkap sahaja..tu pun tak habis..hihihi). Bilik air je tak basuh lagi sebab hari tu ntah kenapa air takde..
  • Perabot - petang ini pukul 5, perabot akan masuk..seronoknye..70% done..yang lain tu minggu depan pulak..buat keje secara stagger adalah my style..sikit-sikit lame-lama penuhlah..
  • Bekas telur - dah siap ambik last Saturday..lepas gi openhouse Nalin, terus ke Nilai 3..tetibe rasa macam tempat tu sangat best..nanti aku nak pegi lagi..nak carik karpet..(aku tak habis-habis dengan karpet kan??)..nak cari karpet..nak cari karpet..
  • Kad - sudah diedarkan..sila tunggu kepada yang belum dapat..kalau dah dapat nanti atau pun kepada sesiapa yang dah dapat, silalah reply RSVP card tu ye..i need it untuk buat calculation..sesiapa yang rasarasa macam tak dapat, maaf dipinta awal-awal..jemputan adalah terhad..$$..hehehe...
  • Bilik pengantin a.k.a bilik aku - sudah membeli 'sesuatu' yang dijangka memberi impak besar kepada keseluruhan imej bilik tersebut. Semua bahan-bahan sudah ada, tinggal nak menjadikan je belum lagi..bilik aku amatlah bersepah kala ini dengan barang-barang hantaran En Zool, barang-barang hiasan bilik ni, cadar pengantin, langsir dan lain-lain lagi..pening aku melihatnya..haih..esok kene kemas jgak..mane barang yang perlu pindah ke rumah baru, kene siap-siap pack..
  • Caterer - Isnin lepas, habis je kursus, terus ke Dewan..caterer dan beberapa orang lagi..tukang buat pelamin tak dapat datang, ade shoot, maka thru phone saja..overall, beres...habis tengok dewan and such, terus kembali ke opis menghabiskan kerja yang terbengkalai kerana seharian berkursus..

Ok lah, aku nak berehat-rehat di hari Sabtu yang indah ini..petang sikit nak pegi wedding best friend iaitu Zalikha yang sudah selamat menjadi isteri orang semalam..tahniah..selepas itu, terus menuju ke rumah di Putrajaya untuk menunggu perabot dan sambung mencuci rumah..esok nak pegi amik baju sanding kat Shah Alam pulak..huwaaa..banyaknye nak buat!!!

AddThis Social Bookmark Button


HOME #2

Monday, September 28, 2009

.
Alhamdulillah, selepas lama sabar menunggu..dari awal bulan 6..akhirnya dapat satu panggilan dari B*ahagian Peng*urusan Harta*nah.."Puan boleh datang ambil surat tawaran kuarters ye hari ni"..sebelum ni memang tau dah dapat, tapi suratnya belum ada dong..bila dah ada surat tawaran, barulah betul-betul confirm..nanti rumah aku kat tingkat 3..ok la, kalau angkat tong gas time lif rosak, takdela terseksa..
.
Banyak pulak nak buat..nak bayar deposit kuarters, bukak akaun air (SYABAS) and elektrik (TNB)..nak matikan setem..isi borang-borangan..semuanya kene buat by this Thursday..selesai by Khamis ni je, boleh terus dapat kunci..aku bertekad untuk selesaikan by Khamis..so that this weekend dah boleh basuh rumah..hujung minggu pun dah tak banyak, tinggal 4 je..ish..4 JERR??!!!Tolak weekend ni, tinggal 3..huwaaa..tetibe nervous..nervous pasal ape, aku pun tak tau...ahahaha..
.
Nasib baik jugak kawan aku Yus (model yang tak terlatih tu) pun dapat sekali kuarters, jadi aku menguruskan hal ini bersama dia..kalau harap aku sorang, memang sampai sudah la aku tak jumpe SYABAS Sepang..hehehe..packed plak aktiviti hujung minggu ini..Sabtu nak pegi Nilai amik bunga telur dengan mak..En Zool ade kelas..dia tak boleh teman..Ahad nak angkut ashkar-ashkar Melayu aku gi tolong basuh rumah..hahahaha..aku bagi arahan je..
.
Minggu lagi satu la kut baru masukkan perabot and barang-barang..minggu ni aku nak kene berehat jugak ye tak? Thing seems to move so fast after Raya...
.

AddThis Social Bookmark Button


SELAMAT HARI RAYA

Thursday, September 17, 2009

.
Tahun ini adalah tahun yang aku memang tak berapa nak kisah pasal persiapan raya..hari Selasa lepas baru cari baju raya..itupun aku malas nak pikir..kasut takde lagi..takkan nak pakai kasut kerja pulak..overrr okeh..nanti balik JB baru carik la..kalau susah sangat, aku pakai selipar je..hahaha...
.
Lepas balik dari JB ni, mesti akan lagi rasa masa makin suntuk..semalam beli majalah Ratu Sehari (yang banyak iklan) dapat la diari..macam planner for wedding..aku pun konon-konon nak fill in the blanks la..nak tick mane aku dah settle..and mane yang belum lagi..hisshh..terus tak jadi nak guna..sebab diari tu tak pasal-pasal mempanikkan aku..macam banyak sangat tak siap lagi..benda yang remeh-remeh plak tu..aku malas la nak pikir benda-benda kecik and remeh ni..sape-sape bley tolong pikirkan untuk aku...hehehe..
.
So, esok or lusa aku dah nak balik kampung (walaupun sebenarnya takde feel kampung langsung)..di sini, saya Nurhanis Abd Razak nak menyusun jari (baru gi manicure, kilat ni) memohon ampun dan maaf..kut-kut ada yang terasa hati di kala membaca blog ini..sesiapa yang drive tu, bawak kereta elok-elok..sebab lepas ni kita kene kerja balik..ok?? SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!!!
.

AddThis Social Bookmark Button


Jalan-jalan @ Curve

Sunday, September 13, 2009

.
Hari ini, us girls, aku, adik aku ngan mak telah meluangkan sejam dua berjalan-jalan di The Curve..sebab dah malas nak masak kat rumah dan yang lain telah mempunyai agenda tersendiri..so membuat keputusan berbuka di luar..jam baru menunjukkan pukul 6 and queue kt Marche sudah sangat panjang..sedap sangat la kut kat situ..anyway, jalan jalan dan jalan lagi..kitorang masuk la Restoran Vivo:American Pizza and Panini..
.
Menunya Western..ada pizza (macam-macam topping), pasta (takde fettucini, jadi kurang mengghairahkan) and macam-macam lagi la..tadi sampai je terus order, then bayar..lepas tu kitorang keluar balik nak pegi cari kain ela kat dalam The Curve..mak aku telah meluangkan beberapa ketika memilih kain dan perasaan serba salahnya membelanjakan diri sendiri telah diconsole kami adik beradik.."Takpe mak, its time to reward yourself"..padahal duit dia..kalau aku, nak..amik je..memang tiap-tiap bulan aku reward diri aku..sebab tu asyik takde duit..hahaha..
.
By the time mak aku siap pilih kain semua, kitorang gerak ke Vivo balik..ngam-ngam pukul 7.10..air pun dah tersedia di atas meja..orang meja sebelah berbisik-bisik.."Masuk lambat, tapi apesal dapat air dulu??"..ye dik, kitorang order pkul 6, ko tu pukul 7 baru nak order..haruslah kami punya sampai dulu..hisshh..takpe, boleh maafkan, dia tak tau..
.
Overall, the food was okay..sedap jugak..service understandably a bit slow..ye la, tengah rush hour..kite kene paham..waiters semua friendly and attentive..bukan jenis yang suka avoid eye contacts..
.
Aku nak suggest dessert dia...wallaweeiii..nanti kalau ada yang nak pegi sini, sila order Volcanic Chocolate with Ice Cream..sangat sedap!!! Melayang sekejap lepas makan..euphoric..even untuk aku yang tak berapa minat chocolate..dia nye molten lava..sangat rich in chocolate..pekat..the manager told us, it is made from Belgian Chocs, mass cocoa powder and ntah ape lagi..aku tak berapa nak dengar sebab khusyuk makan..mula-mula aku sorang je, tapi adik aku join terus tak berhenti..last-last kitorang 3 habiskan..memang sedap..

.

Sila jamu mata anda



.
Makan 3 orang dengan order macam-macam, expect to pay RM100++..but I tell you, it was worth it..lain kali boleh datang lagi..
.

AddThis Social Bookmark Button


HOME #1

Friday, September 11, 2009

.
Baru balik dari berbuka puasa ngan officemate tadi..riuh rendah..macam-macam nak cerita..ye lah, time lunch tak jumpe..yang 2 lagi tu dah tukar bangunan..memang la susah nak jumpa..tempat tu aku nak cerita macam mane nak pegi pun susah..sebab Restoran D'Dusun ni adalah in the middle of nowhere..tempat okay but service was poor..2 orang je tukang angkat lauk..kesian diorang, aku rasa dah pukul 8.30 pun diorang tak makan lagi..kitorang nye order sampai pukul 8..perut pun dah masuk angin..hehehe..tapi, itulah rezeki kita pada hari ini..Alhamdulillah..
.
Foto kenang-kenangan (macam orang lama)
.
Memandangkan ada kawan aku bagitau yang kuarters kitorang bakal duduk ni semua unit tak berkunci and boleh tengok kat dalam..ape lagi..aku yang terlampau excited ni telah mengajak kawan aku iaitu bakal neighbour (Enche Yus) untuk meneman aku menengok rumah tersebut..beria-ia aku suruh dia cepat, sebab pkul 6 dah janji dengan yang lain nak pegi berbuka..so, kitorang berdua pergi la tengok..hmm, takde orang..dan kitorang dengan sesuka hatinya masuk salah satu unit..rekabentuk semua sama je..actually patutnya dapat rumah teres tapi memandangkan belum ada yang kosong, kenalah downgrade untuk dapat rumah jugak..jadi ke'excited'an aku ni hanyalah kerana ada rumah sendiri, walaupun konsepnya macam menyewa..rumah dengan ofis sangatlah dekat..terlalu dekat sampai Enche Yus kate, enjin pun tak sempat nak panas..3 bedrooms 2 bathrooms..not bad..yang tinggal nanti pun kitorang berdua je..senang aku nak kemas..takyah berpeluh-peluh mop lantai..malas nak cite, tengok gambar je eh..by the way, colour scheme rumah adalah orange..sangatlah sesuai ngan inspiration theme aku hari tu...feature wall orange sekali..
.
Ini Hall..sebelah kanan adalah Master Bedroom
.

Pemandangan dari pintu masuk. Feature wall adalah di sebelah kanan.

.

Master bedroom disediakan almari built-in..nasib baik sama warna ngan perabot bilik tidur.
(Harap maaf, model tidak terlatih)
.
Ini Dapur
.
Sebelah kanan tempat washing machine and ampaian
.Semua ada built in cabinet. Jimat duit.

.

Dah tengok tadi, unit rumah aku akan mengadap taman permainan kanak-kanak..ok la tu, daripada mengadap hutan..ntah ape je nanti aku nampak..hehehe...

.

AddThis Social Bookmark Button


HONEYMOON #3

.
Ehem..tiket kapal terbang dah dibeli..dengan sedikit kesilapan..huhu~~..tak mau la cite ape kesilapan tu..sebab asal aku fikir je, memang akan meng'down'kan aku balik..anyway, just nak inform you guys, bila beli tiket or anything online, check lah betul-betul..pastikan tarikh pergi and balik adalah betul..jangan jadi macam aku..tapi dah tersilap..aku terlepas pandang..cuai..nak buat macam mane..I have to pay the price la..dengan itu, sesungguhnya aku gagahkan diri membeli tiket lain..sedih bebenor bila memikirkannya..tapi En Zool kate.."Takde rezeki, nak buat macam mane"..ok la..aku pun dah positif sebenarnye..dah 4 hari berlalu..kisah yang lalu usah dikenang..
.
Anyway, Insya Allah, kitorang akan pergi jugak tempat tu..Indonesia je pun..tapi still aku memang excited..sekarang ni tinggal nak bayar je kat travel agent..eceh..travel agent plak..tapi betullah..and semalam bila tengok itinerary tu, sangat mengujakan..rasa tak sabar-sabar pulak..excited gile..lagi excited dari nak kahwin..hahahaha..boleh??
.
Mane boleh bagitau mana mahu pergi kan..tak surprise la..;P..dah selesai satu lagi...
.

AddThis Social Bookmark Button


Change

Tuesday, September 8, 2009

.
Bukan sekali tapi banyak kali aku rase orang cakap dengan aku.."Nanti ko dah kawin, susahlah nak jumpe" or "Lepas kahwin boleh lagi ke macam ni?"..soalan macam ni menimbulkan perasaan musykil dalam kepala aku..perlukah seorang yang bergelar suami mengongkong pergerakan isterinya???
.
Aku faham, sefaham-fahamnya bila dah berkahwin, everywhere we want to go, we have to ask permission..kalau pergi tempat-tempat biasa macam pasar ke Jusco ke or nak basuh kereta ke, aku rasa En Zool patut bagitau aku sekali je..'you boleh pegi..jalan baik-baik"..sudah..end of story..macam kita berniat hari pertama puasa..niat boleh digunakan untuk tempoh sebulan..macam tu la kekdahnya...
.
For those yang betul-betul kenal aku, diorang akan tau, aku bukan jenis yang "taat or patuh"..kalau suruh diorang describe aku mesti macam ni.."keras kepala, degil, dominan ngan ikut sukahati sendiri"..tapi tak tau lah kalau diorang nak tambah macam "baik hati, penyayang dan suka menolong orang"..hahahaha..En Zool tak pernah guna perkataan taat or patuh untuk describe aku..describe orang lain adalah..tapi aku paham..truly understand..memang itu bukan personaliti aku..macam mane..dah aku memang degil..kalau tak kasi, mesti aku merajuk..ye la, kalau aku nak keluar jumpa kawan-kawan, kene minta izin dia nanti, patut ke dia tak bagi?? Memang hak dia, tapi patut ke?? Tak patut tau..lainlah kalau aku keluar sampai lupa rumahtangga..tak la sampai tahap tu..kut-kut aku keluar dia masak sendiri, itu adalah perilaku melampau dan kejam namanya..
.
Sepatutnya before kahwin, kite kene ada MoU suami isteri..maybe it is easier said than done, tapi cuba je lah..no harm trying kan?? Contohnya, macam kalau sekali-sekala dia mahu jumpa kawan-kawan dia melepak kat mamak ke sambil tengok bola, I have no problem..aku takkan ikut pun..aku tak mahu bila pergi, dia kene bahagikan attention between his friends and me..tak suke..aku akan cakap.."pegi la bang, I rela"..kenape??
.
Firstly, dia kenal kawan dia lebih lama dari dia kenal aku..so why after dah kahwin, dia kene lupakan kawan-kawan dia just to be with me..aku cakap, sekali sekala..bukan tiap-tiap malam..itu memang sengaja okeh..and secondly, I don't like to watch football..tak payah kut aku torture diri aku tengok bola..offside pun tak paham..hehehe..bila aku tak kesah, bermaksud I need favour from him too..
.
I cannot stand if he doesn't allowed it..tapi kalau dia tak bagi jugak..mungkin sayang sangat kat aku, tak sanggup berjauhan dengan aku..hahaha..aku tak la keluar..derhaka la pulak namanya..tapi aku rase tak patut, dia patut kasi jugak aku keluar..I need to see other faces too besides him you know..pagi petang siang malam..penatlah..
.
Another thing is, I realised that certain people who's getting married or married tetiba mellowed down..as if they lost their ownself..their personalities..I think, we don't have to sacrifice the person we are before kita kahwin..I choose to marry my-future-husband because of the keserasian personaliti..I'm loud, and he's not..everything I'm not, he's there to fill it..macam U Complete Me..gitew...hahaha..so let say after kahwin nanti, tetiba aku jadi macam ala-ala perempuan melayu terakhir, kan macam sangat awkward..lagipun aku rase, macam mane aku sekarang, macam tu jugak lah aku nanti..berubah mungkin in terms of responsibleness, or maturity..tapi sifat aku yang ceria ni, tak mungkin dapat diubah..aku memang tak mahu mengubah personaliti aku..buat ape..berubah nehi..menyesuaikan diri baru betul..
.
For example, En Zool sangat menggemari bermain PS dia dan bermain senyap-senyap..aku pulak tak reti control yang-pegang-kat-tangan-untuk-gerakkan (tengok, nama dia pun aku tak tau)..perlukah aku bersusah payah untuk belajar bermain game ataupun duduk sebelah dia waktu dia main game just nak tunjukkan how caring and interested I am..tak perlu okeh..sebab aku memang tak suka dan tak kuasa..macam aku pulak lebih suka tengok TV and baca buku cerita senyap-senyap..aku tak suka orang kacau..En Zool pulak kurang suka baca buku cerita..perlukah aku memaksa dia untuk sama-sama duduk sebelah aku sambil baca buku-buku aku?? Ini perumpamaan but u get it..
.
There are times yang kita need space from each other..we'll get bored and tired you know asyik dia tengok muka aku, aku tengok muka dia..and you know what, aku rasa pretending to love what your partner loves is more tiring..haiyoohhh..sampai bile nak berlakon..memikirkan En Zool duduk sebelah aku and read books, boleh membuatkan aku menitis air mata..sebab aku tau how much he doesn't like it.."Sayang, you boleh pegi main PS3 you"...
.
I know, when we're married, we are suppose to support each other..memang betul sangat..tapi, mengikut pemikiran otak aku, we need to cherish our similarities and respect our differences..if he doesn't like my kind of music, why do I have to force him..DO WE REALLY NEED TO CHANGE OUR PERSONALITIES??? I personally don't think so..all we need is compromise..and all is well..
.
Sifat mengongkong tidak terdapat langsung pada En Zool..Alhamdulillah..kalau dia jenis mengongkong..bye bye la jawabnya..tak sanggup aku..bukanlah dia me'let loose' aku macam ayam terlepas reban..you trust me and i can prove to you..i am indeed trustworthy..lagipun aku ni, benda ape sangat la aku boleh buat..hahaha..
.
Pendapat 5 sen aku..
.

AddThis Social Bookmark Button


Fitting & Iftar

Sunday, September 6, 2009

.
Punyelah ramai manusia tadi kat Shah Alam..susah nak jalan..pegi sana sebab mahu fitting baju bersanding and untuk majlis bertandang..aku buat kat butik biasa je kat Kompleks PKNS..name butik tu Hanieym Boutique..kat tingkat atas kedainya..pagi tadi call, kakak tu cakap sudah siap..dengan beria-ia nye aku mencuba baju-baju tersebut..En Zool juga mencuba bajunya..wah, anda nampak segak..hihihi..baju bersanding aku agak longgar (eh, sudah kurus sedikitkah)..lalu memerlukan alteration dan lepas raya pergi fitting lagi..lepas tu sudah boleh amik..sangat suke dengan hasil baju tersebut..just like what I've imagined..yang paling best adalah aku telah mengambil bahagian kain En Zool yang sepatutnya jadi baju dia untuk dijadikan train baju aku...hehehe..dan hasilnya menakjubkan..baju aku ade train panjang..sukeeee!!!!
.
Selepas itu, kami pergi mencari handycam yang aku telah eyeing sejak hari Jumaat..ade iklan dalam newspaper..harga boleh tahan..murah dari yang biasa..ada 3 warna..hitam, merah dengan biru..mestilah aku amik merah..handycam ni basic je..tapi aku pun nak gune yang senang handle..tak mau yang beria-ia..lambat nak paham...
.
Kitorang dah sepakat membawa berkat..nak bagi personal hadiah..maksudnya hadiah ini bukan hantaran..hadiah pertama as husband and wife la konon..memandangkan dia punya aku sudah belikan..kali ni turn aku pulak..En Zool belikan handycam tu untuk aku..tapi bajet untuk aku masih berbaki..aku nak cari Wii..tapi kene tambah sebab lebih bajet sikit..ke u nak belanja i jugak sayang??? Hehehehe..
.
Aku tak pernah ade digital camera..teruk kan..macam outdated sangat aku ni..kamera pun takde..so tadi di kedai yang sama..aku telah membeli sebijik kamera Lumix untuk keseronokan diri sendiri..aku cari yang murah-murah je..takde duit nak beli yang mahal..asal nampak batang hidung orang sudah..tetiba rasa sangat moden selepas mempunyai digital camera..hahahaha!!!!
.
We both love Middle Eastern cuisine..entah kenapa..aku rasa sangat sedap..ade 2 tempat aku recommend bagi sesiapa yang nak try..satu dekat Food Court (atas) The Gardens..Iranian foods..sebelah Korean foods..aku cakap betul..memang sedap betullah..lagi kalau amik lamb..sangat lembut..sup dia sangat sedap..and very original..layanan pun sangat mesra..
.
Satu lagi kat Restoran Laziz, Solaris Mont Kiara..memang sangat berbaloi harga yang kita bayar..ambience pun cantik..very peaceful..tak suke makan tempat bising-bising..susah nak bercakap..kat sini la kitorang berbuka puasa..sampai sekarang masih kenyang..makanan simple tapi fulfilling..and lagi satu, tempat ni sangatlah senang nak cari parking..murah pun murah parking dia..
.

Mari cuba ambil gambar guna kamera baru

.
.
Ade jugak tempat lain yang kitorang pernah try..macam kat Al-Marjan KLCC..bagi aku tak berapa sedap..tak tau which part of Middle East punya makanan..very dry..yoghurt pun takde..mase makan tu, rase macam nak tercekik sebab kering sangat..and overpriced..we paid for the ambience je..memang la macam syok je makan kat situ..macam cool je..tapi tak berbaloi bagi aku..
.
Makanan Middle Eastern ni bagus..sebab semuanya grilled..takde yang minyak-minyak..sesuai untuk yang berdiet..aku tak termasuk la golongan ni..aku memang suka makanan dia je..
.
Tetibe rase best jadi orang Arab..boleh makan kebab tiap-tiap hari..kebab yang jual pasar malam aku tak suke...bukan jaga class tapi selalunya daging dia tak cukup masak..susah plak tu nak makan..mesti nak senget-senget kepala..;P
.

AddThis Social Bookmark Button


House Design #1

Saturday, September 5, 2009

.

Last week, aku tersangat lah bosan duduk rumah, aku terus ajak En Zool keluar tengok wayang..tetapi, hari tu hari Merdeka, dan mungkin orang baru dapat gaji..maka ramailah kereta beratur nak masuk parking..sangat tidak berbaloi untuk beratur sekali..aku dapat bayangkan berapa panjang line orang beratur nak beli tiket wayang..memang tak kuasa lah aku pegi menyertai mereka..
.
Demi untuk menghilangkan rasa bosan tu, aku ajak En Zool gi tengok-tengok perabot rumah..kat tempat murah je..Cavenzi..bukannya Lorenzo ke Rozel ke..apetah lagi Harvey Norman..belum mampu lagi..nantilah..
.
Pusing punya pusing punya pusing..tak jumpa plak kedainya..last-last pegi kat Plaza Perabot LDP..sampai-sampai je..terus tengok-tengok yang mane aku dah aim..tetibe jatuh hati dengan 2 sofa ni..makanya, dua-dualah aku amik..sesuai sangat dengan theme living room aku nanti..
.
Kitorang keluar dengan pembelian seperti berikut:
  • 2 set bilik tidur (1 untuk kitorang and 1 lagi untuk guestroom)
  • 1 set meja makan (kene tempah cermin untuk jadikan alas)
  • 2 love seat (berlainan colour)
  • 1 set almari buku, meja kopi dan juga kabinet TV
.
Semuanya dengan harga berpatutan..bagus jugak beli kat sini..sebab dia boleh hold stock untuk 6 bulan..tapi, masih ade beberapa benda yang tak di'settle'kan lagi..macam bilik study En Zool, tak beli perabot lagi..itu beli kat kedai cina biasa je la yang ye???hihihi..pastu ingat macam nak pegi cari karpet la..iranian or persian carpet nampak sangat menarik tapi macam tak jive plak ngan theme rumah aku nanti..tapi cantik..macam mane ye???
.
Insya Allah, kuarters apartment tu aku boleh masuk lepas raya..kene lah siap sedia beli dari sekarang..nanti mane nak kemas rumah tu, nak masukkan perabot and persiapan last minute kahwin..buat perlahan-perlahan..baru lah tak kelam kabut..steady je..eceh..
.
Aku macam dah ade idea nak meng'decorate' rumah tu nanti..macam-macam dalam kepale otak ni..tunggu nak mencurahkan je..hehehe..anyway, here are some of my inspirations..
.
Untuk Living Room
.
.
.
.
Untuk Bedroom
.
.
.
Cantik tak?? Kalau tak cantik, ade aku kesah?? Hahahaha..pinjam ayat Azwan Ali jap..tapi ni rumah aku kan..sukahati aku lah nak decorate macam mane..dah namenye inspiration..takdelah aku tiru bulat-bulat..aku suke katil yang letak senget-senget..macam best je..tunggu lepas dah masuk perabot nanti, baru kitorang beli alat-alat elektronik..susunan mengikut keutamaan AKU:
  • TV (wajib nih)
  • Mesin basuh (tak kuasa aku nak basuh tangan)
  • Peti sejuk (nanti nak letak barang makanan)
  • Dapur (eh, last ye..hihihi..penting jugak..kang nak masak pakai ape)
  • Tu je la kut, ke ade aku miss anything???
.
Seronok okeh membeli barangan perabot bersama tunang..perasaannya sukar digambarkan..tambahan pula apabila melihat duit mengalir seperti air..sangat menenangkan jiwa..lepas dah kahwin, nanti boleh beli grocery ngan husband..mesti seronok..aku bajet kalau yang dah lame kawin baca ni..mesti diorang cakap.."Hanis ni berangan je la"..muahahaha....ye aku tau tu..mula-mula kahwin, memang semua indah belaka..tapi at least ade la jugak kan..kalau En Zool tak mau teman..dapur tu tak berasap ok sayang...
.
p/s: Sometimes macam tak percaya
.

AddThis Social Bookmark Button


The Notebook

.
Baru lepas habis baca The Notebook novel..selepas almost seminggu lebih beli, semalam ngan hari ni aku betul-betul concentrate dan berazam untuk menghabiskan baca novel tu..Novel ni actually dah jadi motion picture..Rachel McAdams (sebagai Allie) ngan Ryan Gosling (sebagai Noah) berlakon..aku pun dah tengok movie ni..dekat Astro..cite-cite macam ni mane masuk wayang kite..
.
Noah dan Allie
.
Walllaweiii..memang sangat touching ok novel ni..walaupun mula-mula macam tak masuk akal..sebab Noah and Allie ni jumpa waktu umur 15 tahun..and it was a brief love..3 bulan je kut..lepas tu Allie pindah and never saw Noah again..parent Allie adalah sangat against their relationship..so after pindah tu, Noah still wrote her letters for two and a half years telling her how much he loved her..tapi biasalah, Allie never received the letters..sebabnya.mak dia sorok surat-surat tu..fast forward, 14 years later..Allie dah bertunang and nak kahwin lagi 3 minggu..she desperately needed to see Noah lepas nampak Noah masuk newspaper..lepas dah jumpe tu, haruslah ade adegan cintan cintun sikit kan..
.
Selepas bersuka ria berdua, tunang Allie datang cari Allie sebab syak dia pegi jumpe Noah..and she has to choose between the 2..akhirnya sape dia pilih..jeng jeng jeng..nak tau baca sendiri...hehehe..aku tak mau spoil ending..mane la tau, kut-kut ade yang tengah baca novel ni..by the way, scene cerita ni around 1940's..
.
Klimaks cerita ni memang best..sebab the last 2 pages baru aku menangis yang beria-ia..sedih and touching sangat..bestnye kalau ade lelaki yang sayangkan kite sebanyak tu..memang bahagia la..dan tua but still hold hands, very loving and caring..haiyohh..mane nak cari lelaki macam ni..tapi ape-ape pun, kita kene bersyukur dengan apa yang kite ade sekarang, kan sayang??
.
Movie dia dengan novel sangatlah tidak serupa..maybe 50% je kut yang similar..tapi bukan ke semua novel-turned-motion-picture macam tu..sometimes lebih baik baca buku..same jugak kesnya novel P.S. I Love You..itu pun buat airmata berjurai-jurai..but bile tengok movie..alamak, tak best plak..
.
Lepas ni aku nak cari buku The Time Traveler's Wife..sebelum movie keluar..tapi apsal bila aku cari je dah habis stok???
.

AddThis Social Bookmark Button


Blog Widget by LinkWithin
 

Design by Amanda @ Blogger Buster